.salam.
Putus chenta. Bukan pilihan alasan untuk bunoh diri.
Atau mungkin gantung diri.
Putus chenta tidak perlu terlalu serius untuk menghukum diri.
Ingat. Diri tidak perlu dihukum kerana permainan jiwa!
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menghadapi tragedi putus chenta dengan senyuman.
Ya! Dengan senyuman.
Kenapa? Tak percaya?
Pertama : Belajarlah untuk menerima kenyataan dengan redha.
Memang kita tidak pernah berharap untuk hubungan terputus di tengah jalan.
Malah kita tak pernah bermimpi untuk menjadi salah seorang daripada mereka yang kecewa keranan chenta.
Tetapi, kita kena sentiasa beringat. Dan mengingat.
Tidak semua kisah chenta itu indah.
Dan tidak semua chenta itu berakhir dengan suatu kisah yang membahagiakan.
Jadi, belajarlah untuk menerima kenyataan.
Anggaplah bahawa diri kamu bertuah kerana diberi peluang untuk merasai kekecewaan.
Dan berpikirlah secara positif bahawa kekecewaan itu pasti mempunyai seribu hikmah.
Kedua : Coba-larh untuk menyibukkan diri.
Supaya hati tidak terkenang-kenang, mulot tidak menyebot-nyebot.
Sibokkan larh diri dengan pelbagai aktiviti seperti menganggotai persatuan, bercuti dan sebagainya.
Ini lah masa untuk bergiat aktif-matif, dan menghiburkan hati yang lara itu.
Opss. Bukan hati yang lara. Tetapi, hati yang sedang diuji.
Ketiga : Rapatkan diri dengan rakan taulan.
Pada saat macam ini, rakan sangat penting.
Berhibor dan berlibor larh dengan rakan-rakan seperti dunia ini engkau yang punya.
Eh. Itu mungkin agak berlebihan kot.
Berhibur secara ala kadar sudah. Yang penting, hati gembira.
Dan rakan-rakan, jangan pula menolak kehadiran mereka.
Ketika saat begini larh, mereka yang terkecewa memerlukan anda.
Tolong tolak jauh-jauh ayat seperti ini "Ek elehh! Dulu waktu bahagia, muka kitorang pun tak pandang." Okey, sudah. Jangan menghukum dia kerana chentanya.
Keempat : Buang barang-barang yang mempunyai kaitan dengan si dia.
Mungkin agak kejam sangat untuk buang (bagi mereka yang berjiwa halus).
Jadi, cukoplah sekadar menyimpan barang-barang itu supaya tidak selalu dipandang-pandang.
Nanti, makin dipandang makin berdarah pula luka di hati.
Kan susah.
Bagus jugak kalau barang-barang itu dapat dipulangkan semula kepada tuannya.
Kelima : Jangan serik untuk bercinta lagi.
Yaah! Tolong larh, kawan. Jangan pernah serik untuk bercinta lagi.
Sekali terkecewa, tak bermakna tidak akan muncul bahagia.
Jangan tutop teros pintu hati itu untuk diketuk buat kali kedua.
Jangan. Dan jangan pernah jemu untuk mencuba.
'Kadang-kadang Allah hilangkan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke manakah perginya matahari. Rupa-rupanya, tanpa sedar, Allah datangkan kepada kita sebuah pelangi yang indah...'
Ini sahaja yang dapat saya tolong.
Akhirnya, kembalilah kepada Dia. Dia yang mengaturkan segala perjalanan kehidupan.
Yang paling penting. Jangan pernah serik dan berputus asa untuk mencari dan bercinta lagi
Allah jadikan dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua mata untuk melihat, dua telinga untuk mendengar, tetapi hanya satu hati, untuk kita mencari hati yang satu lagi...
Tamat
No comments:
Post a Comment